Nak tergelak pun ada kat satu majalah motor baru nak up tu. Masa belum jadi, GM dia merayu rayu mintak tolong kita buat artikel nak isi dalam majalah. Dah lebih setengah tahun, bayang payment pun x nampak lagi. Semua buat bodo je, bila tanya, pas pas pulak, GM suh tanya CEO, CEO suh tanya Editor, Editor suh tanya GM.
Janji dicapati lah nampaknya. Takpa, nanti bayar di Mahsyar je la ye.
sekiranya anda ingin menjadi PENAJA kepada post post yang dibuat, sila KLIK SINI
Rasa macam tak cukup je kan rehat Sabtu dan Ahad. Walaupun ada sesetengah antara kita buat "marathon" tido dari pagi ke pagi pun, badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang jugak!
Pernahkah kita menghadapi situasi di atas? Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak.
Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat. Namun bagaimana pula untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
Sebenarnya, antara punca kelesuan, letih dan tidak dapat fokus adalah :
Pemakanan yang tidak sihat
Tekanan dan stress
Kegemukan
Pekerjaan yang memenatkan
Insomnia
Darah rendah/anemia
Perokok tegar
Mengambil kafein secara berlebihan
Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
Tidak melakukan senaman
Kekurangan air
Kehamilan
Pengambilan ubat-ubatan
Tabiat pengambilan vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Seiring dengan peningkatan usia, keperluan vitamin juga turut berubah. Kajian menunjukkan walaupun seseorang itu telah mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan penuh dengan vitamin dan mineral, namun ia masih tidak mampu menampung keperluan nutrisi yang diperlukan badan kita. Vitamin memberi pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita terutamanya kepada mereka yang sentiasa sibuk dan aktif setiap hari.
MEMPERKENALKAN ( sebenarnya dah sangat terkenal pun)
Vitamin B complex, Vitamin C dan Vitalea Multivitamin oleh Shaklee
B Complex
membantu untuk fokus
membantu mengawal stress/tekanan
memberi kecergasan dan tenaga
mengelakkan kelesuan dan keletihan melampau
membantu metabolisme jadi makanan akan dapat ditukar ke bentuk tenaga
membantu kelancaran urat saraf
Vitamin C
menguatkan sistem imun
anti oksida yang hebat untuk melawan radikal bebas supaya sel terpelihara
memberi perlindungan pada sel badan
membantu penyerapan zat besi
membantu pembinaan kolegen
Vitalea multivitamin
mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan pada kadar yang sempurna
mampu memenuhi kekurangan nutrien dalam menu harian
memelihara sel badan
membantu penyerapan zat dari makanan harian
Korang baca le, Cikgu tak tau pulak kalo boleh pakai untuk MOTOR? Sape sape yang penah experience pakai kat motor boleh share tak?
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Rebel Boss POSER#001 "lawak klub" Tees PRE - ORDER ARE OPEN FROM 20/05/2015 TO 7/06/2015. LAST PAYMENT TO BE COLLECTED IS ON 8/06/2015. SHIPPING WILL BE STARTED BY 15/06/2015 .SELF COLLECT AT Rebel Boss@Symposium Tattoo Kota Damansara will be STARTING 15/06/2015 ONWARDS Please refer image for details. TQ
Perkembangan yang menarik bagi industri permotoran Malaysia, apabila Modenas telah melakukan debut model terbaru mereka berkonsepkan Cafe Racer iaitu Modenas TTR 200 2015 di beberapa pertunjukkan Modenas baru-baru ini.
Di jangka bakal berada di pasaran Malaysia pada tahun ini, model baru modenas 2015 ini di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 213.4cc SOHC, enjin yang mengunakan sistem sejukan udara itu mampu menghasilkan kuasa 12.8kW@8000rpm dan kuasa tork maksima 14.7Nm@7500rpm dengan sistem gear 5 kelajuan.
Sememangnya sudah lama Modenas tidak mengeluarkan model serba baru, seolah cuba memasuki trend pasaran baru, Modenas TTR 200 2015 di lihat serba ringkas dan menarik dengan imej gaya perlumbaan cafe racer zaman silam. Perhatikan dari rekabentuk tangki dan fork depan, di harap Modenas lebih agresif dalam menghasilkan produk buatan tempatan yang lebih berdaya saing sebagaimana percubaan Modenas TTR 200 ini.
KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Bachok maut dipercayai dibelasah rakannya di asrama sekolah berkenaan.
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun, didakwa disepak akibat perselisihan faham berhubung kain tuala yang didakwa disidai oleh mangsa di kepala katil rakannya itu.
Menurut bapa mangsa, Zime Yakoob, berdasarkan laporan saksi dan kenyataan rakan anaknya, arwah dikatakan disepak di bahagian badan dan leher.
"Warden telefon dalam pukul 1 lebih. Isteri saya jawab dan diberitahu agar segera ke hospital kerana anak tenat. Kemudian, ada dua anggota polis datang ke rumah memaklumkan bahawa anak saya dah tiada," kata Zime.
Mangsa sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdulllah, Raub, Pahang sebelum bertukar ke kolej berkenaan tiga bulan lalu supaya lebih dekat dengan keluarga.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan anak keempat daripada tujuh beradik itu ialah minggu lalu.
Sementara itu, abang mangsa Mohd Nor Aminuddin berkata adiknya seorang yang tidak mempunyai masalah dan mudah bergaul di rumah.
"Dia depan orang ramai pendiam, jenis suka tolong orang. Kali terakhir jumpa dia pada cuti hari pekerja," kata Mohd Nor Aminuddin.
Mayat mangsa ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat dan jenazah dijangka dibawa pulang hari ini.
Mayat mangsa akan dikebumikan di Kampung Gelam, Pasir Puteh hari ini.
Sementara itu, pihak polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan akan dijalankan.
Difahamkan suspek yang juga rakan mangsa sudah ditahan polis.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Hussain Awang ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Kata Hussain, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan kerana kes ini sudah menjadi kes polis.
Putrajaya sedang
mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara dan
mengkaji kemungkinan membina lorong motorsikal di semua lebuh raya. Nanyang
Siang Pau memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebagai berkata
bahawa satu jawatankuasa khas akan meneliti cadangan itu. Beliau berkata, hanya
beberapa lebuh raya di seluruh negara mempunyai lorong motorsikal. "Kami
juga akan mengkaji kemungkinan menyekat jenis motosikal yang boleh menggunakan
lebuh raya berdasarkan kapasiti enjin mereka . "Kami juga akan mengkaji
lebar lorong yang berdedikasi untuk memastikan mereka menampung motosikal
pelbagai saiz. " Beliau berkata kementerian itu hanya akan membuat
keputusan selepas jawatankuasa selesai buat kajian. Fadillah juga berkata pada
masa ini bayaran tol tidak ditetapkan mengikut kapasiti enjin tetapi
berdasarkan kepada kelas atau jenis kenderaan. " Motosikal berkuasa tinggi
adalah dikecualikan daripada bayaran tol kerana mereka adalah termasuk di dalam
kategori kenderaan beroda dua ," kata beliau sambil menambah bahawa
penunggang motosikal terpaksa membayar tol di Malaysia-Singapura Kedua Link
Expressway (Tanjung Kupang Plaza ), dan juga di Jambatan Pulau Pinang
PUTRAJAYA - Penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Amapang-Kuala Lumpur Elevated (AKLEH) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya atau Maju Expressway (MEX) akan berakhir tidak lama lagi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan kini sedang dalam proses peringkat akhir bagi mengkaji permohonan pemilik konsesi kedua lebuhraya berkenaan yang mahu menguatkuasakan semula perintah larangan bagi menyekat penunggang motosikal menggunakan kedua-dua lebuhraya itu atas sebab keselamatan.
"Mereka (syarikat konsesi) merayu kepada kami untuk menarik balik kebenaran untuk penunggang motosikal menggunakan dua lebuh raya itu. Pada masa ini, motosikal menjadi salah satu punca kemalangan yang utama di kedua-dua lebuhraya berkenaan," katanya.
Pada Jun 2008, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah memberikan kelulusan sementara untuk penunggang motosikal menggunakan lebuhraya AKLEH dan MEX secara percuma bagi meringankan beban rakyat memandangkan harga petrol pada ketika itu RM2.70 seliter.
Fadillah berkata, keputusan itu bukan mudah itu dibuat tetapi kerajaan juga menitik beratkan tahap keselamatan untuk penunggang motosikal.
"Saya sedang mencari jalan penyelesaian sebelum membuat keputusan muktamad. Sebaik saja mereka diberikan kebenaran menggunakan lebuhraya dan kemudian ditarik balik, penunggang motosikal pasti akan membantah keputusan ini. Ini kerana hanya itulah jalan yang paling cepat untuk mereka sampai ke destinasi.
"Saya masih mengumpul semua laporan kemalangan yang melibatkan motosikal atau disebabkan oleh penunggang motosikal. Jika saya mempunyai bukti atau keterangan yang mencukupi, kita boleh pertimbangkan," katanya sambil menambah AKLEH dan MEX tidak direka untuk kegunaan motosikal.
Kedua-dua lebuhraya itu sebelum ini telah diwartakan dengan sekatan ke atas motosikal di bawah Subseksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum pengecualian yang diberikan.
Semenjak motosikal dibenarkan untuk menggunakan kedua-dua lebuhraya tujuh tahun lalu, sebanyak 382 kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang dengan 15 kematian yang direkodkan pada MEX.
Dianggarkan 4,000 motosikal dan 32,000 kenderaan lain berulang alik di laluan 26 kilometer pada waktu puncak setiap hari.
7.9 kilometer AKLEH mula beroperasi pada bulan Mei 2001 dan telah mencatatkan kira-kira setengah juta penunggang motosikal menggunakannya setiap bulan dengan purata sebanyak empat kemalangan motosikal dalam sebulan dengan tiga kematian melibatkan penunggang.
Difahamkan, semenjak tahun 2008, ramai pengguna yang membayar tol mengadu kepada pengendali AKLEH tentang ruang yang terhad dan tidak selamat kerana kehadiran motosikal yang terlalu banyak terutamanya pada waktu puncak serta adanya penunggang motosikal yang berlumba secara haram pada waktu malam hujung minggu.
AKLEH dan MEX dikendalikan oleh Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) dan Maju Expressway Sdn Bhd (MESB).
Jurucakap Prolintas dan MESB mengesahkan, permohonan itu telah dihantar ke Lembaga Lebuhraya Malaysia sejak enam tahun lalu untuk membatalkan kelulusan penunggang motosikal untuk menggunakan kedua-dua lebuhraya itu.
Pertama kali memandang Kawasaki Vulcan S baru tersebut, terdetik di hati bahawa motorsikal ini pastinya bukan sebuah motorsikal yang akan menarik minat cikgu untuk memilikinya. Sebagai seorang penunggang motorsikal “chopper” , cikgu sebenarnya telah terdidik dan dibiasakan dalam pemahaman bahawa motorsikal “cruiser” mestilah mempunyai konfigurasi engine V untuk kelihatan ‘kena dengan gayanya’. Namun itu hanyalah pandangan pertama. Nokhtah.
Segala galanya berubah setelah seminggu diberi peluang untuk menggunakannya berulang alik ke tempat kerja dan dua perjalanan sederhana jauh.
Masa telah berlalu agak lama semenjak Kawasaki memperkenalkan motorsikal Vulcan 500 sebagai “entry level bike” di mana sejak daripada tahun tahun 90an, belum ada lagi satu model cruiser sederhana yang betul betul boleh diambil kira di mana kebanyakan model yang diperkenalkan adalah lebih kepada segmen besar atau lebih kepada motorsikal sport. Akhir akhir ini, trend semasa pula lebih menjurus kepada kategori “naked bike” dan juga “dual purposes”. Kawasaki juga tidak terkecuali, rasanya di mana mana saja kita boleh melihat kelibat motorsikal Kawasaki ER6 dan juga Versys ditunggang dijalanraya, hampir diseluruh dunia.
Dalam kes Vulcan S ini, cikgu rasa Kawasaki dengan bijak sekali menghasilkan sebuah “cruiser” dengan kombinasi engin yang diolah daripada model laris mereka – ER6/ Versys / Ninja650. Amat bijak
Oh ya, lupakan ER6 dan Versys, cikgu ingin berkongsi pengalaman menunggang edisi terbaru “cruiser” dari Kawasaki ini, - Vulcan S 650, sebuah motorsikal unik yang menggabungkan ciri ciri keselesaan sebuah “cruiser” yang dilengkapi dengan engin dan sifat sifat sebuah “sportbike”.
Cikgu ringkaskan dapatan sepanjang seminggu menunggang Kawasaki Vulcan S ini kepada beberapa segmen untuk lebih mudah difahami :
1. RUPABENTUK/ REKABENTUK
Dari segi luaran, Vulcan S ini mempunyai rupa cruiser yang padat, masculine dan unik, dengan rim berjejari 10 bilah yang kelihatan sangat berpadanan dengan rupa keseluruhannya. Radiator yang diletak kemas pada rangka serta kemasan tanpa krom pada motor ini menjadikannya kelihatan garang dan pada masa yang sama, cukup cantik.
Abaikan kata kata cikgu di permulaan artikel sebentar tadi. Betul, sekiranya Vulcan S ini tampil dengan enjin V berkembar, ia pastinya akan kelihatan lebih menarik! Namun, Vulcan S ini cikgu kira punyai karisma dan gaya tersendiri yang tidak terdapat pada motor motor cruiser lain, sekelasnya.
2. PAPARAN PEMUKA DAN CAPAIAN TUAS TUAS
Sebaik sahaja duduk di pelana, selepas memutar kunci kepada “on”, paparan pemukanya hidup dengan warna biru lembut yang cukup terang tetapi selesa untuk dilihat. Motor ini mempunyai konsol instrumen dialog-analog yang kelihatan bergaya dan futuristic yang terdiri daripada tolok bahan api, meter perjalanan, meter kelajuan digital, jam dan odometer. Terdapat juga petunjuk penunggangan jimat ( eco ) yang akan bernyala sekiranya anda menunggang dalam keadaan “ekonomi”.
Paling menarik pada cikgu adalah jam, di mana cikgu tidak perlu lagi melirik pada jam di tangan bagi melihat waktu. Semuanya terpapar pada satu konsol yang mudah dan jelas. Sungguh membantu terutama apabila menunggang dalam kesesakan jalanraya sewaktu hendak ke sekolah
3. KUASA DAN PERJALANAN
Bermula dengan gear satu, Vulcan S ini seakan seekor kuda liar yang sifatnya hanya ingin berlari dan terus berlari. Sebagaimana sebuah cruiser sepatutnya , tujahan torque agak kuat walaupun pada kedudukan gear teratas, tak perlu menurunkan gear untuk memintas kenderaan lain, cukup dengan memulas pendikit lebih sedikit dan ia akan menderum meluncur dengan lembut dan lancar. Malahan anda tidak akan terasa yang sehabis sahaja anda menukar gear keseluruhannya, kelajuan sudahpun melebihi 130kmph!
Lebih menarik, pada kelajuan 134kmph , paparan konsol masih menunjukkan tanda ECO atau penunggangan jimat, dan terbukti dengan jumlah keseluruhan perjalanan cikgu selama seminggu tersebut dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk petrol.
Sepanjang seminggu tersebut, cikgu mengisi sekitar RM50 untuk petrol Ron95 pada harga RM1.95 seliter ( 25.6 liter) yang mana mampu mencatatkan bacaan hampir 740km tunggangan. Cukup jimat dan menakjubkan!
Engin terasa sangat lembut, Cuma ianya agak kasar dan sedikit bergegar pada lingkungan RPM1500- 2500 kemudian menjadi lembut dan berinteraksi dengan baik dengan pendikit, terasa bagaikan menunggang sebuah motorsikal sport. Hampir setiap kali, cikgu cuba menunggang dengan santai dan menikmati keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan, sepatutnya yang dilakukan oleh seorang penunggang cruiser, namun setiap kali itulah cikgu akan tewas dengan pujukan kuasanya yang membisik dan menggoda dengan kelajuan yang mengujakan!
Kuasa membrek juga bolehlah dikatakan bersesuaian dengan motorsikal ini, cukup untuk memperlahankan dan memberhentikan motorsikal ini daripada kelajuan pada jarak yang mencukupi, Cuma ianya perlukan sedikit kuasa dan tarikan tuas yang agak kuat untuk mendapatkan kesan membrek yang dikehendaki. Mungkin Kawasaki boleh memperbaiki lagi keadaan ini pada masa yang akan datang.
4. KESELESAAN DAN GAYA
Dengan ketinggian pelana yang rendah dan rekabentuk yang sangat selesa, terasa seperti “memakai” Vulcan S ini, dan secara tidak langsung memberikan kestabilan dan keyakinan terhadap penunggangan. Suspensi pun terasa agak lembut dan motorsikal ini mampu mengambil selekoh pada kelajuan yang agak tinggi tanpa membuang ( namun tidak digalakkan), Kedudukan bar handel dan cermin belakang serta jajaran kawalan kaki sungguh selesa dan membolehkan Vulcan S ini dipacu dengan mudah dan senang dikawal. Empat hari tunggangan melalui lebuhraya yang lengang ke jalan bandaran yang penuh sesak dengan kenderaan ke jalan kampong yang berselekoh tajam semuanya hanya penuh dengan keseronokan dan penunggangan yang selesa dan terkawal. Cukup ringan untuk dikemudi mencelah antara kenderaan yang beratur di persimpangan jalan, dan cukup bertenaga untuk meninggalkan semua dibelakang sebaik sahaja lampu bertukar hijau.
KESELURUHAN
Cikgu yakin, Vulcan S akan mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia, terutama dalam memenangi hati penunggang penunggang baharu dan wanita. Dengan tawaran harga yang memang sangat berbaloi, ianya pasti akan memberikan fenomena baru dalam dunia permotoran. Apapun, pada cikgu Vulcan S ini adalah antara motorsikal yang bagus yang pernah cikgu tunggangi, dimana ianya seimbang dari segi kuasa dan pengendalian serta gaya yang boleh dipelbagaikan.
video riding Vulcan S
Sedikit pengubahsuaian terhadap rupabentuk dan bunyi, dan ianya akan menjadi sebuah jentera yang seronok ditunggang untuk ke tempat kerja ataupun perjalanan merentas lebuhraya. Terima kasih buat Kawasaki Malaysia dan saudara cikgu Sham Gonzalez yang sudi meminjamkan jentera hebat ini buat tunggangan cikgu selama seminggu. Terima kasih daun keladi, lain kali nak lagi.
p/s- sape sape berminat nak beli motor ni, cikgu pun ada lobang boleh jalankan.sekali loan pun kita boleh try hehehehe.
boleh contact cikgu kat page Facebook cikgu ye,
KLIK kat gambar bawah ni, pastu LIKE then inbox je cikgu.