Maaf maaf maaf lama x dapat jenguk ke blog ni , kesibukan dengan macam macam benda.
Maaf sabar ya
Saturday, 13 June 2015
Tuesday, 26 May 2015
AWAS! STROK HABA BOLEH MEMBAWA MAUT. JANGAN MAIN MAIN
Sunday, 24 May 2015
JANJI DICAPATI
Nak tergelak pun ada kat satu majalah motor baru nak up tu. Masa belum jadi, GM dia merayu rayu mintak tolong kita buat artikel nak isi dalam majalah. Dah lebih setengah tahun, bayang payment pun x nampak lagi. Semua buat bodo je, bila tanya, pas pas pulak, GM suh tanya CEO, CEO suh tanya Editor, Editor suh tanya GM.
Janji dicapati lah nampaknya. Takpa, nanti bayar di Mahsyar je la ye.
MONDAY BLUES?? TAK BERMAYA? KAMON! BARU 10 PAGI!
post ini DITAJA oleh
sekiranya anda ingin menjadi PENAJA kepada post post yang dibuat, sila KLIK SINI
Rasa macam tak cukup je kan rehat Sabtu dan Ahad. Walaupun ada sesetengah antara kita buat "marathon" tido dari pagi ke pagi pun, badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang jugak!
Pernahkah kita menghadapi situasi di atas? Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak.
Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat. Namun bagaimana pula untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
Sebenarnya, antara punca kelesuan, letih dan tidak dapat fokus adalah :
Pemakanan yang tidak sihat
Tekanan dan stress
Kegemukan
Pekerjaan yang memenatkan
Insomnia
Darah rendah/anemia
Perokok tegar
Mengambil kafein secara berlebihan
Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
Tidak melakukan senaman
Kekurangan air
Kehamilan
Pengambilan ubat-ubatan
Tabiat pengambilan vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Seiring dengan peningkatan usia, keperluan vitamin juga turut berubah. Kajian menunjukkan walaupun seseorang itu telah mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan penuh dengan vitamin dan mineral, namun ia masih tidak mampu menampung keperluan nutrisi yang diperlukan badan kita. Vitamin memberi pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita terutamanya kepada mereka yang sentiasa sibuk dan aktif setiap hari.
MEMPERKENALKAN ( sebenarnya dah sangat terkenal pun)
Vitamin B complex, Vitamin C dan Vitalea Multivitamin oleh Shaklee
B Complex
membantu untuk fokus
membantu mengawal stress/tekanan
memberi kecergasan dan tenaga
mengelakkan kelesuan dan keletihan melampau
membantu metabolisme jadi makanan akan dapat ditukar ke bentuk tenaga
membantu kelancaran urat saraf
Vitamin C
menguatkan sistem imun
anti oksida yang hebat untuk melawan radikal bebas supaya sel terpelihara
memberi perlindungan pada sel badan
membantu penyerapan zat besi
membantu pembinaan kolegen
Vitalea multivitamin
mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan pada kadar yang sempurna
mampu memenuhi kekurangan nutrien dalam menu harian
memelihara sel badan
membantu penyerapan zat dari makanan harian
Jadikan hari anda sentiasa segar dan bertenaga!
Hubungi kami Pengedar Shaklee Putrajaya
017.309.0348
#shakleeputrajaya #shaklee #hidupsihatcergas
*isi artikel di atas dan gambar adalah dipetik dan diolah daripada bloghttp://superbvitamin.blogspot.com.
Thursday, 21 May 2015
DIA NAK MAI DAHHHH!!!!!! MODENAS Cafe Racer
post ini DITAJA oleh:
COMPILED BY : https://www.facebook.com/cikgumotor
FOTO https://www.facebook.com/modenas.malaysia/timeline
Ingat lagi tak post cikgu yang lepas pada MODENAS nak keluar cafe racer?
Nin dia..gambar cikgu cedok dari Facebook Modenas sendiri
Sila berdarah hidung nooo
DAH NO...SAMA SAMA KITA TUNGGU MOTOR NI KELUAQ
Mengkalu depa bagi cikgu terai bawak lagi, cikgu buleh la sembang legu mana muto ni.
till then..chiow chin choww
yang nak refer post lepas pasal Modenas Cafe Racer ni boleh KLIK SINI
post ini DITAJA oleh:
sila klik pada gambar
Wednesday, 20 May 2015
SEYES? ALTERNATIF KEPADA MINYAK PELINCIR KOMERSIAL???
COMPILED BY : https://www.facebook.com/cikgumotor
TEXT & FOTO :https://www.facebook.com/otaiham
Korang baca le, Cikgu tak tau pulak kalo boleh pakai untuk MOTOR? Sape sape yang penah experience pakai kat motor boleh share tak?
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Tuesday, 19 May 2015
Bahaya Mengantuk ketika RIDING or Driving dan cara mengatasinya ( part 1 of 2 )
Bahaya Mengantuk ketika RIDING or Driving dan cara mengatasinya ( part 1 of 2 )
Esok la cikgu cerita. Cikgu dah mengantuk pulak.
Esok eh. esok la esok la esok la
sementara tunggu esok, apa kata korang pegi
LIKE PAGE CIKGU
KLIK KAT GAMBAR TU
Subscribe to:
Posts (Atom)